Tarikh / Hari
|
Aktiviti
|
Minggu 1
27/11/2017-
30/11/2017
|
i. Melaporkan diri sebagai pelajar
praktikal di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sungai Petani, Kedah.
ii. Melaporkan diri kepada Encik Mohd Fadzil
Voon, Penyelia Latihan Industri.
iii. Sesi perkenalan dan menceritakan sedikit
tentang latar belakang diri.
iv. Diberikan penerangan tentang fungsi
setiap bahagian, peraturan pakaian, waktu dan tatatertib.
v. Mengendalikan cara-cara pengurusan
menjawab panggilan telefon.
vi. Mengendalikan borang permohonan stok dan
mengikut no kod bagi tahun 2016 dan 2017 ke dalam fail.
|
Minggu 2
3/12/2017-
7/12/2017
|
i. Menyusun fail jabatan mengikut nombor rujukan
yang tertera pada borang tersebut.
ii. Merekod borang yang diterima atau
dikeluarkan oleh mana-mana Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
iii. Belajar menggunakan laman web HRMIS yang
digunakan oleh kerajaan awam.
iv. Membuat contoh memo yang bertajuk “Saman
Belum Dijelaskan” untuk dihantar kepada setiap cawangan di Jabatan Kastam
Diraja Malaysia, Sungai Petani, Kedah.
v. Menghadiri mesyuarat di bilik mesyuarat
yang disampaikan oleh Tuan Ahmad Rusdi Bin Hj Hussain, Penolong Kanan
Pengarah Kastam II (PKPK II).
vi. Mengurus borang Rekupmen Panjar Wang
Runcit Bil. 7/2017 oleh cawangan pengurusan Jabatan Kastam Diraja Malaysia,
Sungai Petani, Kedah.
vii. Mengecop salinan borang pergerakan
dokumen eSPKB untuk disahkan oleh Tuan Ahmad Rusdi bin Hj Hussain.
viii. Menyusun buku Perkhidmatan Pekerjaan
Kerajaan mengikut gred atau pangkat.
ix. Menganalisa senarai saman yang belum
dijelaskan mengikut nama kenderaan, no pendaftaran, cawangan dan jumlah
kompaun.
x. Membuat poster untuk program CSR yang
dianjurkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sungai Petani, Kedah iaitu
program “Kembali Ke Sekolah”.
|
Minggu 3
10/12/2017-
14/12/2017
|
i. Menguruskan salinan borang pergerakan
dokument e SPKB untuk disahkan oleh Tuan Ahmad Rusdi bin Hj Hussain, Penolong
Kanan Pengarah Kastam II.
ii. Menganalisa senarai aset alih kerajaan
yang terdapat di dalam setiap bilik mengikut nombor pendaftaran peralatan
untuk Kondusif Sektor Awam (EKSA).
iii. Menguruskan senarai aset alih di
cawangan GST untuk program EKSA.
iv. Belajar untuk berkomunikasi dengan
pelanggan dan menerangkan tentang borang Maklum Balas Pelanggan.
v. Memahami setiap bahagian dan cawangan
yang terdapat di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sungai Petani, Kedah salah
satunya cawangan GST iatu “Good Services Tax”.
vi. Menguruskan memo kajian maklum balas
pelanggan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) 2017 untuk dihantar kepada
Pengarah Kastam Negeri di Kompleks Kastam Alor Setar, Kedah.
vii. Membuat surat program derma darah untuk
memohon kerjasama daripada pihak Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani,
Kedah.
viii. Menguruskan cadangan peruntukan tambahan
dan justifikasi perbelanjaan untuk pertanyaan maklumat baki terkini.
ix. Membuat buku program dan teks ucapan
bagi aktiviti gotong-royong yang dianjurkan oleh Jabatan Kastam Diraja
Malaysia, Sungai Petani, Kedah.
x. Menguruskan sistem pengurusan audit
nilai untuk pengesahan menjawab soal selidik audit nilai.
xi. Membuat senarai tertunggak bagi saman
yang belum dijelaskan untuk kenderaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sungai
Petani, Kedah.
xii. Mengepos memo untuk saman belum
dijelaskan bagi kenderaan jabatan di Komplek Kastam, Alor Setar, Kedah.
|
Minggu 4
17/12/2017-
21/12/2017
|
i. Membuat laporan tentang buku program
yang dianjurkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sungai Petani, Kedah.
ii. Mengendalikan buku log kenderaan jabatan
untuk mengenal pasti jenis kenderaan dan nombor pendaftaran kenderaan yang
telah di saman oleh pihak PDRM.
iii. Menguruskan maklumat pembelian minyak
petrol bagi setiap bulan pada tahun 2017.
iv. Menyusun dan membuat fail meja baru bagi
setiap bahagian pengurusan sumber manusia dan kewangan di Jabatan Kastam
Diraja Malaysia, Sungai Petani, Kedah.
v. Memeriksa dan merekod senarai aset
Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sungai Petani, Kedah dalam Sistem Pengurusan
Aset (SPA) iaitu harta modal dan aset bernilai rendah.
vi. Menguruskan proses kerja bagi tugas (i)
menerima dan menyemak surat-menyurat dan memastikan tindakan bersesuaian
diambil.
vii. Mengecop dan menguruskan setiap baucer
bayaran dan elaun perjalanan bagi setiap staf Jabatan Kastam Diraja Malaysia,
Sungai Petani, Kedah.
viii. Menguruskan pengeluaran arahan
penempatan pegawai di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sungai Petani, Kedah.
ix. Menguruskan buku rekod pergerakan dan
penggunaan kod bayaran tol tanpa resit.
x. Mengawal norma masa bagi tugas mengawal
setia proses dan tindakan Akaun Belum Terima (ABT).
|
Minggu 5
24/12/2017-
28/12/2017
|
i. Membuat memo tentang amanat tahun baru
2018 untuk dihantar kepada setiap ketua cawangan di Jabatan Kastam Diraja
Malaysia, Sungai Petani, Kedah.
ii. Membuat buku program iaitu amanat Ketua
Kastam Daerah (KKD), Tuan Mohd Sukri Bin Jusoh.
iii. Menguruskan pekeliling perbendaharaan
Bil 2 tahun 2017 mengikut kod rujukan untuk disusun di dalam bilik fail
bahagian pengurusan.
iv. Menghadiri minit mesyuarat perjawatan
stesen Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sungai Petani, Kedah pada jam 12:00
tengah hari bertempat di Bilik Mesyuarat Utama.
v. Menghadiri perhimpunan setia dan mesra
di dewan ceria bahagian penguatkuasaan.
vi. Menguruskan pembelian minyak petrol
dengan maklumat seperti jenis kenderaan, jumlah minyak yang dibeli dan nombor
kad atau inden bagi bulan Disember 2017.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan