Translate

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

       Pelajar ditempatkan di setiap cawangan mengikut urutan iaitu bahagian Pengurusan dan bahagian Perkastaman / Perindustrian di bawah seliaan Tuan Mohd Sukri bin Jusoh dan Encik Mohd Fadzil Voon bin Mohd Fandi Voon. Semua tugasan dan aktiviti yang dijalankan mengikut waktu pejabat iaitu dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang pada hari Ahad sehingga Rabu, manakala 8.00 pagi sehingga 3.30 petang pada hari Khamis.

     Pelajar juga melaksanakan pelbagai jenis skop kerja sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semasa berada di setiap bahagian yang berlainan, pelajar akan mempelajari tugas-tugas yang berlainan dan mempelajari ilmu yang berlainan.

     Selain itu, pelajar juga perlu menjaga adab dan tingkah laku, etika pemakaian dan disiplin diri demi menjaga nama baik pelajar dan juga institusi Politeknik Balik Pulau.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blinking Cute Box Cat