Secara
umumnya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merupakan sebuah agensi kerajaan
di bawah kawalan Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab mengurus
perlaksanaan sistem cukai tidak langsung negara.Melalui pencarian (Jabatan
Kastam Diraja Malaysia, 2010) seperti yang kita maklum, sistem pentadbiran
cukai sudah lama wujud iaitu sejak zaman sebelum kedatangan penjajah barat
iaitu zaman Kerajaan Melayu Melaka dan Kerajaan Johor-Riau.Namun, sistem
pentadbiran cukai ini telah mengalami beberapa perubahan ekoran daripada
kemajuan Negara.
Jabatan
Kastam Diraja Malaysia berfungsi dan berperanan bagi memacu pertumbuhan ekonomi
negara, memelihara keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat. JKDM memainkan
peranan seperti berikut :
I.
Memungut Hasil Negara
Memungut
hasil negara dalam bentuk cukai dan duti Kastam yang terdiri daripada duti
import, duti eksport, duti eksais, cukai jualan, cukai perkhidmatan dan levi
kenderaan.
II. Memberi fasilitasi kepada sektor perdagangan dan perindustrian
JKDM telah
memainkan peranannya dalam pemberian kemudahan dalam bentuk pelbagai insentif
dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk
menjana ekonomi negara selaras dengan perubahan dasar kerajaan yang lebih
mengutamakan sektor perindustrian.
III. Memastikan
pematuhan perundangan
JKDM
diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam
1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976,
Akta Zon Bebas 1990 serta perundangan subsidiary berkaitan dengan akta-akta
tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab utama JKDM untuk memastikan semua
perundangan yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh pelanggan-pelanggan
dan pihak yang berurusan dengannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan