Translate

LATAR BELAKANG PENUBUHAN KASTAM

          Pejabat Kastam Diraja Malaysia stesen Sungai Petani Kedah bermula dari sebuah bangunan kecil yang terletak di pinggir sungai di Bakar Kapur di Kuala Sungai Petani. Pejabat ini pernah menjadi tempat yang paling penting suatu ketika dahulu sekitar tahun 50-an dan 60-an sebagai Legal Leading Place atau jeti pendaratan sah kepada dagangan yang belum diluluskan kastam. Bangunan tersebut merupakan warisan zaman colonial. Semasa beroperasi, pejabat ini dibantu oleh beberapa Pegawai Kastam(Pik).

        Fungsi pejabat Kastam Diraja Malaysia stesen Sungai Petani Kedah mula meluas dengan adanya Akta Cukai 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, dan pertumbuhan industri-industri yang diwujudkan oleh kerajaan melalui pengecualian cukai dan zon-zon pengecualian melalui Akta Kastam 1967 dan ianya selaras dengan Dasar Perindustrian Negara. Ekoran dengan itu, semua perlesenan kilang terletak di bawah kawalan kastam, Pejabat Kastam Diraja Malaysia stesen Sungai Petani Kedah kemudianya berpindah di no. 12J.K&H, Jalan Kampung Baru Sungai Petani. Mula diduduki pada 1986 sehingga 1996. Kakitangan bertugas pada ketika itu adalah seramai 31 orang dimana bilangan pegawai kastam telah meningkat dan diketuai oleh ketua kastam berpangkat iaitu Penolong Pengarah Kastam(PPK). Akibat pertumbuhan yang pesat di Sungai Petani, pejabat kastam sekali lagi berpindah ke pejabat sewaan setinggan empat tingkat di Lot 4121, Jalan Bakar Arang berhadapan dengan SMK Che Tom, Sumgai Petani Kedah. Jumlah kakitangan bertugas telah meningkat seramai 67 orang. Manakala jawatan Penolong Pengarah Kastam(PPK) telah dinaik taraf kepada ketua stesen. Bangunan tersebut diduduki bermukla pada tahun 1996 sehingga Jun 2002 iaitu merupakan sewaan terakhir setelah Ibu Pejabat Kuala Lumpur memutuskan membina bangunan sendiri di atas tanah yang diperuntukan oleh Amanjaya sehingga kini.

        Bangunan baru pejabat Kastam Diraja Malaysia stesen Sungai Petani Kedah yang bernilai RM 9.9 juta telah siap sepenuhnya pada bulan Jun 2002. Tapak projek bagi pembinaan kompleks ini telah diluluskan pada 26 Mei 1997 oleh Majlis Pembandaran Sungai Petani dengan kelulusan tanah seluas 8 ekar di Lot 499, Lencongan Timur, Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah. Pada tanggal 13 Julai 2002, pihak pengurusan telah   memutuskan untuk berpindah buat kali keempat ke bangunan sendiri. Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Kedah diiringi oleh kerabat Diraja Kedah, Menteri Besar Kedah, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, warga kastam serta orang awam pada 22 September 2002 sehingga kini. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sungai Petani, Kedah mempunyai jumlah kakitangan seramai 100 orang termasuk anggota Unit Tanjung Dawai. Kini pejabat Kastam Diraja Malaysia stesen Sungai Petani Kedah diterajui oleh seorang Penolong Kastam Pengarah Kanan I (PKPKI) gred WK52.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blinking Cute Box Cat