Translate

KOMEN DAN CADANGAN

         Latihan industri yang dilaksanakan ini telah mencapai objektif sebenar dan mengikut kehendak Unit Pengurusan Latihan Industri (UPLI) Politeknik Balik Pulau. Selain itu, telah hampir dua puluh (20) minggu saya menjalani latihan industri, banyak cabaran yang harus saya harungi. Pada mulanya sukar untuk saya menyesuaikan diri tetapi dengan sokongan daripada semua pihak, latihan industri saya berjalan dengan lancar dan boleh menguasainya dengan sempurna sehingga tamat latihan.
        

        Seterusnya, komen dan cadangan ini bertujuan untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang dihadapi sepanjang menjalani latihan industri ini. Antara cadangan yang dapat saya kemukakan ialah :-


1        1. Menerapkan organisasi dengan pengurusan teknologi yang terkini.

-         
      Organisasi perlu menyediakan teknologi yang terkini yang lebih meluas dengan menyediakan lebih banyak penggunaan komputer yang di naik taraf untuk mengemaskini data dan menyimpan maklumat dengan mudah. Seterusnya, penggunaan teknologi yang terkini dapat mewujudkan kakitangan pekerja yang maju serta berwawasan tinggi. Penggunaan teknologi terkini juga dapat menjadikan kakitangan JKDM, Sg. Petani lebih efektif dalam menyiapkan sesuatu proses kerja. Justeru itu, organisasi perlulah prihatin terhadap perkembangan yang melonjak ke arah era globalisasi kini yang amat mementingkan teknologi terkini pada hari ini.


2        2. Menanam sikap bekerjasama serta mengeratkan silaturahim.

-     
      Warga JKDM, Sg. Petani hendaklah melibatkan diri dalam setiap program atau aktiviti yang dilakukan dan dianjurkn oleh jabatan. Hal ini demikian kerana melalui penglibatan semua pihak ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama warga JKDM, Sg. Petani. Sebagai contoh, penglibatan dalam program kecergasan yang diadakan pada setiap hari Ahad. Program seperti ini dilihat mampu nmeningkatkan kerjasama di antara kakitangan JKDM, Sg. Petani dan dapat meningkatkan tahap stamina kakitangan jabatan tersebut.


3       3. Menaik taraf sistem komputer.


-     Menambahkan kelajuan untuk penggunaan jaringan sistem di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.Menggunakan ‘AntiVirus’ yang lebih kuat dan diyakini supaya kerja atau dokumen yang disimpan pada komputer tidak hilang.Menukar RAM (Random Access Memory) pada saiz yang lebih besar pada setiap komputer supaya kerja lebih lancar.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blinking Cute Box Cat