Translate

KESIMPULAN

          Sepanjang tempoh dua puluh (20) minggu menjalani latihan industri, saya ingin membuat kesimpulan bahawa hampir kesemua objektif bagi latihan industri ini telah tercapai. Dengan bantuan kesemua pengawai di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sungai Petani, Kedah, ia telah banyak membantu saya dalam menjalani latihan industri dan telah banyak mengubah pandangan saya tentang sektor perkhidmatan pelanggan ini. Latihan Industri yang saya jalani di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sungai Petani, Kedah sangat mencabar apabila berhadapan dengan masyarakat untuk memerlukan perkhidmatan. Malahan, latihan industri yang saya jalani ini banyak melatih saya untuk menjadi individu yang lebih berdisiplin terutama dalam pengurusan masa kerana menepati masa ke tempat kerja dan menyediakan perkhidmatan tepat pada masanya ia merupakan aspek yang amat dititik beratkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malysia, Sungai Petani, Kedah. Nilai-nilai moral seperti jujur, bertanggungjawab dan amanah dapat diterapkan melalui latihan industri ini.

           Pegawai-pegawai di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Sungai Petani, Kedah telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya. Antaranya, pergaulan yang baik antara pegawai adalah amat bermakna bagi saya. Disamping itu, saya dapat menimba ilmu yang  baru, saya juga mempelajari pelbagai kemahiran dan cara berkomunikasi yang berkesan dan sememangnya sukar jika tidak dilatih terlebih dahulu. Kebanyakan proses kerja yang dilakukan secara amali adalah lebih mudah diingati jika dibandingkan dengan pembacaan, menelaah ataupun dalam bentuk teori. Pembentukan sahsiah diri yang lebih berketerampilan juga dapat dilihat di dalam diri pelajar melalui pendedahan yang diperolehi semasa menjalani latihan industri. 
            Kesimpulannya, pelaksanaan latihan industri ini bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang amat bernilai kepada pelajar, tetapi juga dapat menyedarkan pelajar betapa pentingnya pendedahan awal dan ketelitian aspek kerja sebenar untuk di dalami sepenuhnya oleh pemikiran dan perbuatan, perkembangan pemikiran dapat mencari penyelesaian kepada masalah semasa bekerja dan membantu mencari buah fikiran yang positif untuk dikongsi bersama. Pelajar perlu mempunyai minat yang mendalam untuk memastikan apa yang mereka pilih bukannya sesuatu yang sia-sia tetapi sesuatu yang mendatangkan faedah kepada diri sendiri. Akhir kata, terima kasih kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Sungai Petani, Kedah kerana memberi saya peluang dan tunjuk ajar semasa saya menjalani latihan industri.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blinking Cute Box Cat