Translate

HALATUJU ORGANISASI

Logo Organisasi

Bulan Sabit & Bintang
-Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.

Bulan Sabit & Bintang Berwarna Kuning
-Melambangkan Kedaulatan Diraja Malaysia.

Dua Ekor Harimau
-Melambangkan ketegasan, kecekalan dan keharmonian

Bulatan Berwarna Biru
-Melambangkan penambahbaikan yang berterusan dengan membudayakan pngurusan berkualiti yang menyeluruh.

Dua Penunjuk Arah
-Dua penunjuk arah di bahagian atas dan di bahagian bawah lambang segitiga melambangkan halatuju yang strategik dalam usaha memungut hasil, mengawal serta memelihara kepentingan negara.

Bulatan Padat Berwarna Kuning
-bulatan padat kuning di tengah melambangkan fokus utama untuk memungut cukai dalam usaha bagi menambah hasil negara serta mengamalkan ciri pengurusan yang berkualiti.

Segitiga Tepat
-Melambangkan keupayaan menangani perubahan, pembaharuan dan memelihara keutuhan jabatan.

Bulatan Dibahagi Dua
-Melambangkan visi jabatan kearah mencapai taraf dunia.



Visi

“Perkhidmatan Kastam Bertaraf Dunia”

Visi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dapat dilihat melalui peranan utamanya di dalam meyediakan system penyampaian perkhidmatan yang diiktiraf peringkat dunia berdasarkan ciri-ciri seperti berikut :

1.      Pembentukan dasar dan sistem perkastaman dengan penglibatan jabatan secara proaktif dan menyeluruh di peringkat serantau dan antarabangsa.

2.      Menyediakan perkhidmatan yang memenuhi semua konvensyen, amalan dan produser antarabangsa yang diiktirafkan global.

3.      Mempraktikkan perkhidmatan yang harmoni dengan konvensyen-konvensyen antarabangsa yang berkaitan dengan kastam.

4.      Mempunyai kerangka berkanun bagi menguatkuasakan perundangan jabatan dan perundangan-perundangan lain di dalam dan luar negara,

5.      Memiliki pensijilam dan mengamalkan sistem atau prosedur kerja kastam yang diitirafkan oleh MS ISO.

6.      Memberikan perkhidmatan yang memenuhi ekspektasi yang maksimum kepada pelanggan  dan pemegang saham.

7.      Memperkasakan dan meningkatkan hubungan kerjasama bilateral dan multilateral di peringkat serantau dan antarabangsa.

8.      Memiliki perkhidmatan yang berintegriti tinggi, pantas, professional, cekap, berkesan dan dinamik serta tadbir urusan jabatan yg telus dan berakauntabiliti.

Misi

“Memungut hasil dan memberi fasilitasi perdagangan melalui penguatkuasaan dan pematuhan undang-undang bagi memacu pertumbuhan ekonomi,memelihara
keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.”

Misi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) boleh direalisasikan melaui tiga peranan utama iaitu:

1.      Memungut Hasil Negara

-Peranan utaman jabatan sebagai agensi kerajaan yang memungut hasil negara melalui kutioan cukai tidak langsung

2.      Memberi Fasilitasi Perdagangan

-Memberi kemudahan perdagangan dan pengecualian cukai dalam sektor perdagangan dan perindustrian bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

3.      Penguatkuasaan Dan Pematuhan Undang-Undang

-Peranan jabatan dalam menguatkuasakan dan memastikan pematuhan perundangan yang ditakbirkan oleh jabatan dan undang-undang lain yang dikuatkuasakan bagi membendung penyeludupan barang dan penyelewengan hasil serta menjamin keselamatan negara dan rakyat.


Fungsi dan Peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Peranan utama jkdm di dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara, memelihara keselamatan negara dan memperkasa kesejahteraan rakyat adalah sebagaimana fungsi-fungsi seperti berikut:-

1.      Memungut hasil negara dalam bentuk cukai dan duti kastam yang terdiri daripada duti import, duti eksport, duti eksais, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP)/ Goods and Services Tax (GST) dan levi kenderaan.

2.      Memberi fasilitasi kepada sektor perdagangan dan perindustrian dalam pemberian kemudahan dalam bentuk pelbagai insentif dan fasilitasi kepada sektor perindustrian dan perdagangan yang bertujuan untuk menjana ekonomi Negara selaras dengan perubahan dasar Kerajaan yang lebih mengutamakan sektor perindustrian.

3.      Memastikan pematuhan perundangan JKDM diberi kuasa untuk melaksanakan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Jualan 1972, Akta Cukai Perkhidmatan 1975, Akta Cukai Barangan Dan Perkhidmatan 2014, Akta Eksais 1976, Akta Zon Bebas 1990 serta perundangan subsidiari berkaitan dengan Akta Akta tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab utama JKDM untuk memastikan semua perundangan yang dikuatkuasakan dipatuhi sepenuhnya oleh semua warga Jabatan, pelanggan-pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan.

  
Etika Perkhidmatan

4.      Amanah Berkhidmat

i.                 AMANAH berkhidmat kepada masyarakat, jabatan dan negara dengan bertanggungjawab dan jujur, tidak menyeleweng, menyalahgunakan kuasa dan pecah amanah.

ii.               AMANAH di dalam berusaha membangunkan kemajuan diri dan perkhidmatan melalui penghayatan nilai-nilai ilmiah yang praktikal, dalam segala tindakan dan keputusan serta menjauhkan diri dari sikap negatif yang merugikan.

iii.             AMANAH dan tegas menegakkan kebenaran dan keadilan berlandaskan undang-undang dan peraturan,  yakin, sabar dan tenang menghadapi cabaran serta sentiasa berusaha mengelakkan diri dari  dikuasai pengaruh sentimen prasangka dan hasad dengki.
5.      Ikhlas

i.                 IKHLAS memberi kerjasama dan saling membantu dalam perkara-perkara yang baik dan berfaedah.

ii.               IKHLAS memberi dan menerima teguran yang baik serta bersedia mengakui kelemahan yang ada di samping berusaha untuk mengatasinya.

iii.             IKHLAS berkhidmat kepada masyarakat, Jabatan dan negara serta merasa bangga di atas segala tanggungjawab yang diamanahkan.

6.      Dedikasi

i.                 DEDIKASI dalam memberi perkhidmatan dengan menggunakan sepenuh daya, tenaga dan kesempatan ke arah melaksana dan menyempurnakan segala tanggungjawab.

ii.               DEDIKASI dalam mencari kemajuan dan berusaha ke arah perubahan yang baik untuk kepentingan kerjaya dan perkhidmatan.

iii.             DEDIKASI memimpin melalui teladan dan amalan yang luhur ke arah memupuk persefahaman, perpaduan, kerjasama dan semangat kekitaan espirit de corps di kalangan semua pegawai dan kakitangan.


Slogan

“Berkhidmat Menyejahterakan Rakyat”

·         Setiap usaha pembangunan organisasi yang dilakukan JKDM bertujuan untuk memperkasa aktiviti memungut hasil, penyampaian fasiliti perkastaman serta menguatkuasakan undang-undang bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan keselamatan negara. Impak kepada outcome atau keberhasilan usaha ini memakmurkan kesejahteraan rakyat.

Budaya Jabatan Kastam Diraja Malaysia

·         Nilai i-SPEED yang diperkenalkan di bawah dasar pengurusan Jabatan telah digunapakai oleh JKDM sebagai nilai bersama di dalam Pelan Integriti Jabatan ini.

·         i-SPEED adalah akronim kepada enam elemen utama dalam dasar pengurusan JKDM bagi memastikan pencapaian visi dan misi yang terdiri daripada nilai-nilai Integrity, Speed, Professional, Efficient, Effective dan Dynamic.

Integrity - INTEGRITI

Integriti bermaksud kejujuran, ketelusan, kesempurnaan. Integriti ialah teras kepada elemen Speed, Professional, Effective, Efficient dan Dynamic. Pengurusan JKDM pada setiap masa memastikan perkhidmatan Kastam dihasilkan secara berintegriti, amanah, jujur, bertingkahlaku mulia, beretika, boleh dipercayai serta memelihara kepentingan awam dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri.

Speed - PANTAS

Pantas bermaksud tangkas, cepat, laju, lekas, cergas atau segera. Pengurusan JKDM mengutamakan perkhidmatan Kastam disampaikan secara pantas dan lebih cepat daripada masa yang dijadualkan kerana masa adalah berharga kepada JKDM, pelanggan dan stakeholders. Semakin pantas warga Jabatan menyempurnakan tugasan maka semakin efisien perkhidmatan Kastam.

Professional - PROFESIONAL

Profesional bermaksud mempunyai kemampuan atau kemahiran khusus untuk melaksanakan tugas tertentu. Pengurusan JKDM mementingkan output perkhidmatan yang dihasilkan oleh warga Jabatan yang berkemahiran, berpengetahuan dan berkeupayaan dalam tugas yang dilakukannya melalui pematuhan undang-undang, peraturan, perintah, pekeliling dan undang-undang yang berkaitan. Sikap profesional memberikan kepuasan kepada pelanggan, stakeholders, rakyat dan komuniti antarabangsa.

Efficient -CEKAP

Cekap bermaksud mahir, berwibawa, terampil atau pandai dalam melaksanakan tugas dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pengurusan JKDM mengutamakan output perkhidmatan Kastam dihasilkan melalui pengendalian sumber secara bijaksana serta dapat mencapai sesuatu tujuan.

Effective - BERKESAN

Berkesan bermaksud menimbulkan hasil seperti yang diharapkan. Pengurusan JKDM memastikan output perkhidmatan Kastam berupaya memberikan kesan kebaikan dan impak berfaedah kepada semua pihak dalam JKDM, pelanggan,

Dynamic - DINAMIK

Dinamik bermaksud bersifat cergas, bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Pengurusan JKDM bersifat dinamik serta membolehkan pelanggan termasuk organisasi mereka maju serta mampu bersaing di peringkat global. Output perkhidmatan Kastam dihasilkan melalui proses kerja yang ditambahbaik secara berterusan selaras dengan keperluan semasa semua pihak.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Blinking Cute Box Cat